It is currently Sat Jul 22, 2017 11:33 am





Post new topic Reply to topic  [ 7 posts ] 
 Soalan to kawan2... 
Author Message

Joined: Sun Mar 29, 2009 9:29 pm
Posts: 35
Post Soalan to kawan2...
Entri ini sangat ringkas, tapi kalau boleh mahukan penjelasan panjang lebar dari korang semua. Sultan_melaka tahu pembaca blog ni ramai yg hebat-hebat. Ada ustaz, ada ustazah, ada doktor. Sultan_melaka ada beberapa soalan yang dari awal sekolah menengah lagi dah buat Sultan_melaka tertanya-tanya sampai sekarang. Ada soalan yang cikgu Sains Sultan_melaka sendiri pun tanya Sultan_melaka balik, kenapa eh? Aduhai cikgu Hani ku. Cikgu yang cikgu ke, saye yang cikgu ni? Rotan nak? Hehehe.

Soalan 1:
- Kenapa bila orang kerat dia punya urat nadi kat pergelangan tangan tu terus mati, tapi orang yang dilahirkan kudung kedua-dua belah tangan atau tangan terputus tetap boleh hidup. Biarpun sememangnya hidup tanpa nadi. Mengapa?

Sultan_melaka nak tahu jawapan korang dulu.

Soalan 2:
- Kenapa Bumi bila dilihat dari satelit, akan menampakkan Bumi ni berbentuk sfera dan bewarna biru serta hijau? Biru mewakili laut dan hijau mewakili daratan kan? Persoalannya, mana pergi langit yang bewarna biru tu? Nak kata angkasa, angkasa warna dia hitam. Bukan biru. Habis langit tu apa sebenarnya? Apa warna biru yang kita nengok dari bumi tu? Langit? Habis mana pergi langit tu bila dilihat dari satelit? Sigh~

Soalan 3:
- Soalan yang agak sensitif dan tak perlu dipertikaikan sebenarnya. Tapi harap tak salah sekadar ingin tahu. Kenapa air wudhuk terbatal bila kita buang angin? bahasa indah dia, kentut la kan? hehehe. Bila terkentut, kita kena ambil wudhuk semula. Basuh muka, tangan, rambut, telinga dan kaki. Kenapa tak basuh tempat kentut tu keluar? hehehe...(cerita ni macam penah dengar dulu kan)

Dan soalan yang terakhir – confirm korang pun tak boleh nak jawab adalah…

Soalan 4:
- Ali, Bob dan Chong nak menyewa sebuah bilik hotel untuk bermalam. Sewa bilik tersebut adalah RM30 untuk satu malam. Jadi setiap seorang perlu mengeluarkan RM10. Sharing is caring la konon’nya. Mereka menyerahkan RM30 tersebut kepada akak kaunter. Akak kaunter tu kasi la RM30 tu dekat bos hotel tu. Bos tu kata, saya amik RM25 je. Pulangkan RM5 lebih ni kepada mereka. Hari ini ada diskaun!

Sebelum pulangkan lebih RM5 tu, akak kaunter tu curik RM2. Lebih RM3 tu diserahkan semula kepada mereka. Jadi setiap seorang dapat la RM1 balik. Bila dah dapat RM1 balik, bermakna modal yang mereka keluarkan untuk sewa bilik tu adalah RM9 setiap seorang.

Persoalannya, kalau seorang keluarkan RM9, bila di’darabkan dengan 3, bermakna RM27. Campur RM2 yang akak kaunter tu ambik, jadilah RM29. Habis mana lagi RM1? Kan diorang keluarkan RM30 pada awalnya.

Soalan 4 tu adalah teka teki yang tak mampu dijawab oleh ramai kenalan Sultan_melaka. Tapi cuba la korang jawab. Kita nengok siapa yang kena. Hehehe.

Soalan 5:
- Kenapa bila kita rasa nak berak, bila berak je keluar air kencing sekali? Tapi bila kita rasa nak kencing, tak rasa nak berak pun. Soalan ni agak kotor sikit, tapi abaikan lah.. yg penting nak tahu jawapan dia je.. hehehe..

Orang kata, setiap persoalan mesti ada jawapan’nya. Setiap masalah pasti ada penyelesaian’nya.. :lol: :roll:


Sat Aug 15, 2009 5:50 am
Profile E-mail

Joined: Tue Feb 24, 2009 9:22 am
Posts: 24
Location: madinatul ahlam
Post Re: Soalan to kawan2...
hehe..mcm2 la en sultan kita nih...

erm..bak kata cikgu hani tu,"kenapa ek??"

ada ms nnt ana fikirkan jwpnnya ye..hehe..


Wed Aug 19, 2009 8:15 pm
Profile E-mail YIM

Joined: Sun Mar 29, 2009 9:29 pm
Posts: 35
Post Re: Soalan to kawan2...
Admin takmo test jawap ke?hik hik hik.... :ugeek:


Thu Aug 20, 2009 9:41 am
Profile E-mail

Joined: Tue Feb 24, 2009 9:22 am
Posts: 24
Location: madinatul ahlam
Post Re: Soalan to kawan2...
admin kita sedang sibuk...nak2 da jd hok kekal dlm bkkimm ake date ni,,
ops... :!: :!: :mrgreen:


Fri Aug 21, 2009 3:19 am
Profile E-mail YIM

Joined: Sun Mar 29, 2009 9:29 pm
Posts: 35
Post Re: Soalan to kawan2...
ooo admin dah jadi hok ea.."hok" tu mende? :roll:
naib admin pon try test laa sekali... :lol:


Fri Aug 21, 2009 7:41 am
Profile E-mail
User avatar

Joined: Fri Dec 12, 2008 11:56 am
Posts: 36
Location: Tanta, Egypt
Post Re: Soalan to kawan2...
admin datang.... :mrgreen:
Banyaknya soalan... pnjg berjela nk respon.
Mana satu nk respon dulu agknya ni. :?


Tue Sep 01, 2009 8:58 pm
Profile E-mail YIM WWW

Joined: Wed Dec 10, 2008 7:00 pm
Posts: 12
Location: Nasr City,Cairo
---------
Post Re: Soalan to kawan2...
salam..nk try jawab la beberapa soklan tuh,,harap2 terjawab sekadar yg tahu..

soklan1:
nadi secara hakikatnya adalah salur darah yg agak besar terdpt dlm badan kita yg dinamakan sebgai radial artery .salur darah ini adalah berhubung secara terus ke jantung....malahan untuk mengetahui degupan jantung adalah normal atau tidak juga boleh ****tahui melalui denyutan nadi tersebut, kedudukan salur darah ini (nadi) adalah salah satu tempat yg bahaya terdapat pada badan kita.kenapa bahaya?
kerana apabila dipotong (spt kata Sultan_Melaka),pendarahan yg banyak akan berlaku berikutan kerana salur darah ini berhubung terus ke jantung....pendarahan yg banyak inilah jika tidak dihentikan....boleh menyebabkan kematian akibat kehilangan darah yg banyak dalam badan.oleh yg demikian kawalan serta kaedah yg betul secara tidak langsung dpt menghindarkan seseorg yg terpotong nadinya (sy tegaskn terpotong....berdosa secara sengaja klu tiba2 lak nk potong nadi sendiri) daripada kehilangan darah yg banyak dan paling penting nyawa..

kenapa pulak org yg dh cacat tgn bleh hidup?
sbb xde pendarahan la....salur darah pada tgn mereka telah bersambung secara normal mengikut fizikal mereka.ALLAHU A'LAM.

soklan 2:
mudah saje....kita sume dh blaja bende ni.langit sebenarnya tidak berwarna dlm erti kata lain gelap/hitam jika tiada cahaya. cahaya pula terpecah kepada 7 warna....merah,jingga,kuning,hijau,biru,indigo.ungu.
warna biru pada laut adalah akibat pantulan cahaya spektrum biru ke mata kita.
begitu juga dengan daratan yg hijau....
langit yg berwarna biru jika dilihat dari bumi adalah akibat pantulan warna biru dari laut itu sendiri.kerana laut melitupi hampir keseluruhan bumi....jd warna biru lebih 'menguasai' dari warna daratan iaitu hijau.....SUBHANALLAH..
Sultan_Melaka jgn risau....langit tetap ada....***a warna je hilang. ALLAHU A'ALAM

soklan3:
Perkara yg membatalkan wuduk mengikut imam syafie ada 4 shj (boleh rujuk kitab feqah) dan salah satu daripadanya adalah 'terkeluar sesuatu dari qubul atau dubur'.
qubul yg bhg depan tu....dubur lak yg bhg belakang....
oleh itu angin kentut adalah salah satu dr 'sesuatu' yg keluar dari dubur....maka batallah wudhu kita...
kenapa xbasuh je tempat kentut tu keluar?tanya Sultan_Melaka....
klu nk basuh,basuhlah tp bhg dubur x termasuk dlm anggota2 wajib wudhu ,lagi satu hukumnya makruh basuh kentut....
bila dh batal wudhu,secara pastinya kita kena ambil wudhu baliklah....klu amik wudhu kenalah buat ikut anggota2 wudhu tersebut yakni secara tertib....ALLAHU A'ALAM

soklan4:
hehe..xdpt la...tp klu bleh nk gak tau jawapannye..sape2 sila jwb soklan ni..hahaha

soklan5:secara mudahnya....
sbb yang pertama: pengecutan otot2 abdomen@perut untuk meningkatkan tekanan dalam perut kita bagi 'membantu' memudahkan pengeluaran tahi@najis adalah lebih kuat dan tekanan yg terhasil adalah lebih tinggi berbanding pengecutan otot2 tersebut ketika nk kencing.
oleh yg demikian,kenapa kita berak kdg2 terkeluar air kencing?....sbb tekanan dalam badan ketika berak yg tinggi.
berbanding pula ketika kencing kenapa xterberak sekali?....sbb tekanan yg terhasil sewaktu kencing xmampu/xterlalu kuat sehingga boleh terberak....tapi kadang2 boleh juga berlaku.

sbb yang kedua :struktur serta kekuatan otot2 di bhg dubur berbeza dgn otot2 di bhg kemaluan....di bhg dubur lebih kuat ototnya dan perlukan tekanan yg lebih untuk 'terbuka'.

ALLAHU A'ALAM


Wed Oct 07, 2009 4:35 pm
Profile E-mail YIM
Display posts from previous:  Sort by  
Post new topic Reply to topic  [ 7 posts ] 


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum

Search for:
Jump to:  
cron