It is currently Sat Jul 22, 2017 11:38 am





Post new topic This topic is locked, you cannot edit posts or make further replies.  [ 1 post ] 
 Peraturan Umum Diskusi BKKIMM 
Author Message
Site Admin
User avatar

Joined: Sun Dec 07, 2008 1:01 am
Posts: 4
Location: Egypt
---------
 Peraturan Umum Diskusi BKKIMM
A. PENDAHULUAN

1. Diskusi BKKIMM merupakan ruang bagi ahli BKKIMM berbincang dan saling bertukar pendapat.

2. Sebarang isu atau topik yang tidak berkenaan atau tidak relevan dengan matlamat Diskusi BKKIMM akan diDELETE (dibuang) tanpa notis atau mengikut budi bicara pengendali Diskusi BKKIMM.

3. Penulisan dan pendapat yang ditulis dalam Diskusi BKKIMM adalah pendapat peribadi pendiskusi berkenaan dan pihak pengendali tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan atau kekeliruan yang mungkin ditimbulkan oleh mana-mana pendiskusi.


-------------------
B. ETIKA BERDISKUSI

1. Setiap pendiskusi wajib mematuhi adab-adab bermuzakarah (berdiskusi) sebagaimana yang disyorkan dalam Islam.

2. Pendiskusi diminta menggunakan perkataan yang sopan, tidak mengandungi unsur menghina atau lucah di dalam tulisan mereka.

3. Pendiskusi dilarang menghalang pendiskusi lain daripada menulis pandangan mereka.

4. Pendiskusi dilarang mengetengahkan topik atau isu yang bermaksud atau yang membawa maksud mengajak, merujuk, menerangkan atau yang seumpama dengannya, yang melibatkan kegiatan atau fahaman yang ****tahui benar-benar terpesong daripada ajaran Islam.

5. Tidak digalakkan meletakkan artikel yang diambil daripada sumber lain di sini, terutama artikel yang terlalu panjang. Letakkan sahaja link (capaian) ke artikel tersebut sebagai rujukan.

6. Artikel yang diambil daripada sumber lain (“copy” & “paste”), jika bukan hasil penulisan pendiskusi itu sendiri, wajib disertakan sumber artikel tersebut (alamat url dan sebagainya) serta nama penulis artikel tersebut (nama sebenar atau nama samaran).

7. Dilarang meletakkan imej yang kurang sesuai di ruang Diskusi BKKIMM samada yang mengandungi unsur menghina dan lucah.

8. Dilarang meletakkan imej yang bersaiz terlalu besar.

9. Dilarang keras menimbulkan isu yang menyokong atau melawan, yang berkaitan dengan insan yang sudah meninggal dunia.

10. Komen/ respon/ pandangan mestilah berkaitan dengan topik dan bersesuaian dengan topik yang dibincangkan. Biar jelas dan bernas.

11. Mesej seperti "Ha'ah ek", "Betul tu", "No komen", "Hmmm…", "Ntahle…" ataupun hanya mengandungi smiles tidak dibenarkan.



-----------------
C. HAK PENDISKUSI

1. Pendiskusi berhak menulis apa sahaja yang relevan dengan kategori isu yang disediakan dalam Diskusi BKKIMM.

2. Para pendiskusi berhak melaporkan sebarang pelanggaran peraturan oleh pendiskusi lain kepada pihak pengendali. Laporan hendaklah melalui Pesanan Peribadi (Private Message) sahaja.

4. Para pendiskusi berhak menegur pihak pengendali tertentu yang mana menurut pandangan pendiskusi tersebut, pengendali itu sendiri melanggar peraturan Diskusi BKKIMM. Teguran tersebut hendaklah melalui Pesanan Peribadi (PM) sahaja.



-----------------
D. HAK PENGENDALI

1. Pengendali berhak membuang mana-mana tulisan, topik, alamat url atau imej yang dirasakan tidak sesuai atau melanggar mana-mana peraturan Diskusi BKKIMM.

2. Pengendali berhak menegur, memberi amaran atau mengambil tindakan keras ke atas pendiskusi yang terang-terangan melanggar salah satu peraturan Diskusi BKKIMM.

3. Pengendali berhak mengubah, membuang, atau menambah mana-mana peraturan yang difikirkan sesuai pada bila-bila masa.

4. Pengendali berhak berdiskusi dalam Diskusi BKKIMM sama seperti pendiskusi lain.


----------------
p/s: Pihak pengendali Diskusi BKKIMM berharap agar pendiskusi dapat mematuhi peraturan Diskusi BKKIMM. Kerjasama anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sat Dec 13, 2008 8:33 am
Profile E-mail YIM
Display posts from previous:  Sort by  
Post new topic This topic is locked, you cannot edit posts or make further replies.  [ 1 post ] 


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum

Search for:
Jump to:  
cron